Wednesday, June 19, 2013

PENGENALAN

•        Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini, memerlukan setiap negara menyusun strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bergerak seiring sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih maju, selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia.B agi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan Gagasan 1Malaysia yang    berpaksikan    prinsip    “Rakyat Didahulukan,   Pencapaian   Diutamakan”. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Gagasan 1Malaysia ber tujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Gagasan ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.



Malaysia Sebagai Pusat kecemerlangan

       Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menjadi pusat kecemerlangan pelbagai bidang. Nama Malaysia telah dinaikkan dalam pelbagai bidang. Antara bidang yang menjadi kebanggaan ialah sektor pendidikan, sukan, pelancongan, bangunan dan sebagainya.
    Laman web ini dibina bertujuan mempromosikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pelbagai bidang. Ia juga akan menyedarkan rakyat akan hakikat bahawa Malaysia semakin maju dan nama negara semakin gah di persada dunia.
 
     Konsep 1 Malaysia:
Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Rakyat seharusnya bersama-sama dalam memajukan industri Malaysia. Ini membantu dalam pembangunan negara sekaligus menjadikan nama Malaysia setaraf dengan negara-negara antarabangsa.

No comments:

Post a Comment