Friday, June 21, 2013

Entri kalian

Penerjunan Kutub Utara

Ekspedisi kutub utara 1998 adalah salah satu ekspedisi yang mencabar bagi rakyat Malaysia untuk mencipta nama di mata dunia.

       Amat sukar untuk mempercayai cadangan melaksanakan penerjunan bebas di kutub utara boleh dilakukan oleh anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) yang turut menyertai ekspedisi ini. Jika di pandang dari segi kedudukan geografi yang begitu jauh dan keadaan cuaca yang tidak menentu boleh menambahkan kesansian bagi meneruskan ekspedisi ini, namun sebagai seorang anggota pasukan elit TLDM, tetap berpegang kepada ikrar PASKAL yang ke 12 di mana ianya menyebut ‘KERAS HATI TIDAK BERPUTUS ASA DAN PANTANG MENYERAH’ telah sebati dan bersemadi dijiwa mereka untuk mengecapi kejayaan dan membawa nama PASKAL dan TLDM di mata dunia sesuai dengan cogan kata ‘SENTIASA YANG TERBAIK’.

Ekspedisi ini telah disertai oleh sekumpulan anak Malaysia diketuai oleh En. Rahman King, yang dianggap kerdil termasuklah 2 anggota PASKAL iaitu Lt Ahmad Ramli bin Kardi TLDM dan BK PPP (PKL) Mohd Idros bin Mohd Yusof telah membuktikan bahawa Malaysia boleh dan PASKAL sentiasa yang terbaik. Pada April 1998 tercatatlah satu tarikh yang telah membawa sinar Malaysia ke kutub utara. Tim Malaysia telah mendarat di CHATANYA di bahagian tengah SIBERIA utuk melaksanakan latihan penyesuaian di mana pada masa itu suhunya mencecah 35°C di bawah paras beku.

Semasa melaksanakan latihan penyesuaian, jalur gemilang telah berkibar di tengah-tengah bumi Siberia dan di sini juga kumpulan kerjasama di udara yang diwakili oleh BK PPP (PKL) Mohd Idros bin Yusof telah mencatat rekod dalam sejarah payung terjun Rusia kerana menjadi kumpulan pertama berjaya melaksanakan 4 formasi di udara. Ianya adalah suatu kebanggan untuk sukan payung terjun Malaysia.

Pada 20 april 1998 jam 2245 semua anggota ekepedisi telah dibawa dengan pesawat RUSIA IL 76 dengan kelajuan 350 km/jam menyusuri sejauh 2,500 km ke Kutub Utara untuk menyelesaikan misi ini. Tepat jam 0130 dengan ketinggian 1500 kaki kereta Proton Wira telah digugurkan dengan mengahnya di udara. Pada jam 0142 dengan kelajuan pesawat IL 76 yang meluncur laju 350 km/jam, tim ekspedisi ini diterjunkan di paras ketinggian 10,000 kaki dalam kedinginan 70°C bawah paras beku. Di saat ini sejarah telah dibuktikan kepada mata dunia bahawa ‘Malaysia boleh dan tak Melayu hilang di dunia’ serta PASKAL tetap ‘sentiasa yang terbaik’.

Tahun 1998 adalah tahun bersejarah bagi Tim Penerjunan Payung Terjun Malaysia dan TLDM kerana penyertaan 2 x anggota mewakili Malaysia ke Ekspedisi Kutub Utara pada 1 April hingga 20 April. Dua penerjun tersebut adalah anggota PASKAL, iaitu Lt Ahmad Ramli bin Kardi dan BM PPP(PKL) Mohd Idrus bin Mohd Yusof.

Bermula perjalanan hidup dalam TLDM adalah pada 1 Julai 1977 dengan menggunakan nombor tentera 806879. Mengangkat sumpah di KD Pelandok Cawangan Sembawang ODSM (RP) AHMAD RAMLI BIN KARDI terus mengorak langkah menjadikan Tentera Laut sebagai kerjaya sebelum mengikuti Kursus Asas Komando Gelombang Kedua. Sejarah PASKAL tidak akan lengkap tanpa penglibatan Gelombang Kedua Kursus Asas Komando Hutan TNI-AL. Tonggak utama penubuhan PASKAL adalah hasil jerit perih kumpulan ini. Kumpulan Kedua ini telah mengikuti latihan pada akhir tahun 1978 dan kembali ke tanahair pada Mac 79. Kumpulan inilah yang telah mengembangbiak anggota melalui latihan dan kursus seterusnya.

Pada tahun 1984, Ahmad Ramli telah terpilih untuk menjalani Latihan Pegawai Kadet di Kem Sebatang Kara Port Dickson. Latihan ini telah mengubah pola kehidupan dari seorang anggota LLP kepada seorang pegawai. Beliau telah berjaya menamatkan latihan dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada tahun 1985 dengan bangga kerana menjadi perintis kepada 3generasi baru yang mengikuti jejak kemudian mengikuti latihan kedet dan seterusnya ditauliahkan sebagai pegawai dan berkhidmat di PASKAL. Setelah kembali dari penerjunan di Kutub Utara beliau mula memikirkan untuk bersara dari perkhidmatan Tentera Laut yang penuh warna warni. Pada tahun 1999 dengan berat hati beliau memberi tabik hormat terakhir sebagai active service officer kepada TLDM sebelum mendapat panggilan kembali berkhidmat dari Kdr Jamil bin Osman TLDM yang ketika itu bertugas sebagai PS1 Anggota Pegawai.

814726 BM PPP (PKL) IDRUS BIN MD YUSOF berasal dari Perak, mula berkhidmat di dalam TLDM pada tahun 1985 dan kerana minat, beliau telah menceburi PASKAL pada tahun 1986. Beliau telah banyak menyumbang bakti semasa melaksanakan Operasi Luar Pantai, latihan serta memberi idea-idea yang bernas dalam pasukan di sepanjang perkhidmatannya. Pernah berkhidmat dalam Skuadron Tempur dan Tim Risik Gempur. Anggota seorang yang aktif dalam sukan payung terjun dan telah mengharumkan nama negara di mata dunia melalui Ekspedisi North Pole pada tahun 1998 Beliau telah dianugerahkan Wira PASKAL pada tahun 1994. 



Pendaki Gunung Everest




Empat pendaki Malaysia –Kumpulan Ekspedisi Everest – telah membuat percubaan yang keempat dan terakhir bagi mencapai puncak Gunung Everest. Walaupun sudah 13 jam dalam percubaan ini , puncak Gunung Everest setinggi 8848 atas aras laut masih belum kelihatan.Dua pendaki daripada empat orang terpaksa mengundur diri daripada perjuangan menawan Gunung Everest disebabkan kecederaan dan penyakit yang mereka alami semasa mendaki puncak tersebut. Kedua-duanya terpaksa berpatah balik ke kem utama , meninggalkan Mohan dan Magendran untuk membawa harapan negara untuk menawan Gunung Everest.
Pada hari yang penuh bersejarah buat semua semua rakyat Malaysia , Mohanadas Nagappan menjejakkan kaki di puncak Gunung Everest 15 minit selepas M. Magendran , menjadikan mereka berdua sebagai pendaki Malaysia pertama menawan gunung tertinggi di dunia ini.Disebabkan oleh mereka , Jalur Gemilang dapat berdiri dengan megah di gunung tersebut.“Setelah banyak buku mengenai Gunung Everest yang telah saya baca , saya sedar untuk mendaki Gunung Everest bukannya sesuatu yang senang.Sudah banyak kegagalan yang menimpa pendaki-pendaki Gunung Everest sebelum kami dan kami bimbang nasib yang sama mungkin menimpa kami.Walaupun begitu , saya begitu berterima kasih kepada Tuhan kerana telah memberikan kami kekuatan dalam mengatasi rintangan-rintangan yang ada semasa mendaki Gunung Everest.Saya rasa semua rakyat Malaysia menyokong kami dan kami tidak mensia-siakan harapan mereka.Kami telah membuatnya menjadi kenyataan,” kata Mohan.





Lima bulan berlalu semenjak Mohan pulang sebagai seorang perwira negara , dia masih tidak biasa dengan perhatian yang telah diberikan oleh orang ramai. “Orang ramai masih menganggap saya sebagai seorang ‘celeberity star’ tapi saya tidak beranggapan sedemikian.Saya masih Mohan yang asal.Orang ramai mungkin melayan saya dengan cara yang berlainan kini tapi saya masih dengan cara saya keluar bersama rakan-rakan menikmati the tarik di gerai mamak.Selain itu , saya akan kembali bekerja seperti orang lain,”jelas Mohan.Setelah ditanya apakah perasaannya setelah kini namanya tercatat dalam sejarah sebagai pendaki Malaysia pertama berjaya menawan puncak Gunung Everest , Mohan berkata ,”Saya rasa ini merupakan sesuatu yang baik dan istimewa buat anak-anak saya dan semua rakyat Malaysia.Ini membuktikan bahawa Malaysia Boleh.Anak-anak muda kita perlu sedar bahawa jika kita boleh lakukannya , mereka juga boleh.Mereka boleh apa sahaja terjadi.Percayalah keupayaan diri anda , jangan cepat putus asa dan pastikan anda mempunyai keazaman dan matlamat dalam menghadapi cabaran yang ada.”Mohan berazam akan menggunakan pengalaman yang diperolehinya untuk kegunaan yang baik.”Saya akan mempromosikan mendaki sebagai sebuah sukan di Malaysia dan saya rasa akan sertai ekspedisi tiga tahun sekali.”,katanya.

Thursday, June 20, 2013

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha DSNS (lahir 27 Julai 1972) merupakan doktor bedah ortopedik dari Malaysia dan merupakan angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas setelah diumumkan oleh Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 25 September 2007 (Selasa) tepat jam 12.00 tengah hari.


Misi angkasawan Malaysia

Beliau berlepas ke angkasa pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Beliau menyertai program ini di bawah perjanjian bersama Russia menerusi program Angkasawan, dan telah kembali ke Bumi bersama ahli-ahli Ekspedisi 15, Fyodor Yurchikhin dan Oleg Kotov selepas sembilan hari berada di stesen berkenaan.[1]

Misi selama 11 hari ini telah berjaya dilangsungkan dari 10 Oktober 2007 jam 9.21 malam waktu Malaysia dan selamat kembali ke bumi pada 21 Oktober 2007 pada jam 6.44 petang waktu Malaysia. Beliau merupakan orang Islam pertama yang menjalani ibadah berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di angkasa lepas.

Semasa sidang akhbar NASA dengan ahli-ahli Ekspedisi 16 pada 23 Julai 2007, Shukor menyatakan bahawa beliau berharap untuk membawa pelbagai kultur sel hidupan untuk dipelajari semasa penerbangannya.


Kerjaya

Dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia, Sheikh Muszaphar berjaya menamatkan pendidikan sekolah tinggi di Maktab Rendah Sains MARA di Muar. Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya melalui ijazah perubatan MBBS di Kolej Perubatan Kasturba, Manipal, India.

Beliau menjadi doktor ortopedik, dan menjadi pensyarah perubatan pelatih di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Sebelum itu, beliau berkhidmat di Hospital Seremban (1998), Hospital Besar Kuala Lumpur (1999) dan Hospital Selayang (2000-2001).

Beliau juga merupakan model di kebanyakan iklan komersial.

Dr Muszaphar sentiasa yakin boleh capai cita-cita 



IMPIAN saya untuk menjadi angkasawan bermula ketika berumur 10 tahun lagi. Saya sering mendongak ke langit pada waktu malam seolah-olah mencari sesuatu. Terlalu banyak misteri. Terlalu banyak persoalan. Ketika itu Malaysia terlalu baru dalam bidang aeroangkasa. Namun impian itu terus saya simpan. 

Saya mengambil bidang kedoktoran kerana ia membabitkan sains dan tidak pernah sesekali saya melepaskan impian untuk menjadi seorang angkasawan. Selepas 25 tahun akhirnya impian untuk menerokai angkasa lepas tercapai jua. 

Ramai yang bertanya apakah rahsia anda? Apakah yang mendorong anda sehingga terpilih dari 11,425 rakyat Malaysia? Apakah keistimewaan anda? 

Terus terang ingin saya sampaikan bahawa tiada perbezaan di antara kita. Kekuatan mental dan keyakinan pada diri sendiri adalah kunci kejayaan. Jangan sesekali mencurigai keupayaan anda. Sekiranya saya mampu melakukannya, saya yakin anda lagi boleh! 

Selama setahun saya berlatih di StarCity, Russia untuk menjadi seorang angkasawan. Pelbagai halangan dan rintangan saya lalui. 

Dari winter survival di paras beku minus 30 darjah Celsius sehingga dicampakkan ke Laut Mati, Ukraine saya sentiasa berpegang pada prinsip "Malaysia Boleh". Saya sedar ini adalah misi negara. 

Harapan seluruh rakyat Malaysia. Amat penting untuk saya buktikan kepada seluruh dunia bahawa Malaysia mampu melahirkan seorang angkasawan bertaraf dunia , mampu bersaing di persada antarabangsa. Harapan ini tercapai apabila saya mengibarkan Jalur Gemilang di angkasa lepas. Itu adalah janji saya untuk negara tercinta. 

Ayuh rakyat Malaysia. Kita mulakan hidup baru pada 2008. Catatkan segala impian anda di dalam sebuah diari. Jangan terpesong dari impian itu. Usaha gigih dan sentiasa fokus ke arah impian anda. 

Hanya berbekalkan impian tanpa usaha gigih tidak bermakna sekiranya langkah tidak diambil untuk mengecapi impian itu. 
Buktikan kepada dunia bahawa Malaysia setaraf dengan negara maju lain. Sudah 50 tahun Malaysia merdeka. Sudah tiba masanya kita bangkit dari tidur. Ayuh Malaysia! 

Kini ramai kanak-kanak menyimpan impian untuk menjadi angkasawan. Ramai pelajar sudah berminat mendalami bidang sains. Ramai ibu bapa yang mengatakan anak mereka bersemangat untuk membaca buku berunsurkan angkasa lepas. Guru-guru juga mengatakan pelajar mereka lebih cenderung dalam bidang sains dan matematik. Ini adalah satu impak yang begitu positif terhadap rakyat Malaysia lebih-lebih lagi golongan pelajar dan kanak-kanak. 

Program angkasawan berjaya menambat hati seluruh pelusuk Malaysia di bandar mahupun kawasan pedalaman. Program angkasawan berjaya menyuntik inspirasi sebahagian besar rakyat Malaysia. Inilah harapan dan aspirasi negara. 

Seperti Yuri Gagarin mencetus minda rakyat Russia, seperti Neil Amstrong mengubah corak pemikiran rakyat Amerika, inilah yang diharapkan negara untuk menghantar seorang angkasawan ke angkasa lepas. Menukar minda rakyat supaya lebih positif dan berkeyakinan tinggi adalah langkah pertama dalam menghasilkan rakyat yang berwawasan dan intelektual. 

Sekiranya ini berjaya ditanam dalam setiap individu , saya yakin Malaysia akan dapat menjadi negara yang bertamadun tinggi lebih-lebih lagi dalam bidang sains dan teknologi dalam masa yang terdekat ini. 

Janji saya buat rakyat Malaysia. Untuk menyuntik inspirasi dan membuka minda rakyat Malaysia lebih-lebih lagi golongan belia dan kanak-kanak supaya lebih bersikap positif dan yakin pada diri sendiri, supaya lebih ramai menceburi bidang sains dan matematik. 

Harapan saya agar Malaysia dapat melahirkan lebih ramai lagi doktor, saintis dan ahli sains supaya Malaysia maju dalam bidang sains dan teknologi. Tetapi setiap insan harus memainkan peranan masing-masing terutama guru dan ibu bapa untuk mendidik dan membimbing anak-anak kita untuk bergerak ke hadapan. Sudah tiba masanya kita bangkit dari tidur ! 

Jangan sesekali lepaskan impian anda. Tidak ada apa yang mustahil dalam hidup ini. Dengan impian datangnya cita-cita. Dengan usaha yang gigih, saya yakin impian anda akan tercapai jua. Sekiranya saya mengambil masa 25 tahun untuk mencapai impian untuk menjadi kenyataan, saya pasti anda juga mampu melakukannya. Impian anda juga harus menjadi kenyataan. Insya-Allah ! 

Ke arah negara yang cemerlang , gemilang dan terbilang!


SHALIN BT. ZULKIFLI


  Preferred Name:Shalin
Birthdate :28 March 1978
Birth Place (Town) :
Country of birth:United Kingdom
Height in cm:157 cm
Favourite Icon in sports:Michael Jordan
Hobbies:Reading / Movies / Shopping
Handed:Right Hand Hook
Year started Bowling:1987
Weight of Bowling Ball:15 lbs
Representing Malaysia since:1991
No. of Perfect Games:5


Assalamu’alaikum dan Salam 1 Malaysia adik-adik . Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog kami . Hari ini kita akan mengenali seorang tokoh yang berjaya mengharumkan nama negara dalam sukan bolingi iaitu Shalin Zulkifli. Shalin Zulkifli  ialah seorang pemain boling 10 pin profesional warganegara Malaysia dan bekas pemain Nombor 1 Asia. Shalin Zulkifli dilahirkan pada 28 Mac 1979 di London, England.


 Adik-adik mesti ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penglibatan Shalin Zulkifli dalam sukan boling ini. Shalin Zulkifli mula bermain boling ketika berusia 9 tahun dan menyertai pasukan boling kebangsaan pada akhir 1980-an.  Pada tahun 1991 beliau digelar Olahragawati Muda Harapan Selangor, dan pada tahun 1994, Shalin Zulkifli menjadi pemain termuda dan rakyat Malaysia pertama untuk menjuarai Kejohanan Wanita Kent Malaysian All-Stars. Shalin Zulkifli pernah bertanding dan menjuarai pelbagai kejohanan kebangsaan dan antarabangsa, dan dalam kerjaya beliau sebagai pemain boling professional beliau menduduki kedudukan tempat pertama bagi pemain boling 10 pin profesional di Malaysia dan Asia. Dalam sukan boling, tujuan adik-adik ialah untuk menjatuhkan kesemua sepuluh pin yang terletak dihujung lorong yang sepanjang 18.3 meter dengan menggunakan bola bowling yang mempunyai berat yang berbeza-beza.
Antara kejayaan Shalin Zulkifli dalam permainan boling adalah pada tahun 1994 Shalin Zulkifli pernah dinobatkan sebagai  Juara Terbuka Malaysia dalam Kent Malaysian All Stars. Pada tahun 1996, Shalin Zulkifli telah memenangi pingat gangsa dalam Second World Tenpin Cup yang berlangsung di Calgary, Kanada.  Selain itu, Shalin Zulkifli juga Berjaya menduduki tempat kedua dalam Piala Dunia AMF yang berlangsung di Ireland.  Pada tahun 1998, Piala AMF berlangsung di Kobe, Jepun. Di Jepun, Shalin Zulkifli layak ke tiga peringkat akhir berturut-turut serta menduduki tempat ketiga secara keseluruhah. Mesti adik-adik teruja dengan kejayaan Shalin Zulkifli.
 Selain itu, Shalin Zulkifli juga telah memenangi pingat emas bagi bergu dan pasukan di Kejohanan Sukan Asia yang berlangsung di Singapura pada tahun 1999. Di Sukan SEA yang berlangsung di Brunei, Shalin Zulkifli telah memenangi lima pingat emas iaitu Pingat Emas Bergu, Pingat Emas Kumpulan Bertiga, Pingat Emas Pasukan, Pingat Emas Semua Acara, Pingat Emas Masters serta Pingat Gangsa Perseorangan. 
 Pada tahun 2001, Shalin Zulkifli menjadi juara wanita pertama di World Tenpin Master di Essex, England.  Selain itu, beliau telah memenangi Pingat Emas Perseorangan, Pingat Emas Semua Acara, Pingat Emas Kumpulan Bertiga dan Pingat Emas Pasukan. Beliau juga telah menjadi juara perseorangan di pertandingan Terbuka Kota Kinabalu. Shalin Zulkifli juga telah menyertai pertandingan Terbuka Antarabangsa Thailand dan memenangi Juara Masters Terbuka Wanita. Selain itu, beliau juga menyertai Terbuka Antarabangsa Filipina dan memperoleh kemenangan sebagai Juara Wanita.
Pada tahun 2003, Shalin Zulkifli telah menyertai  World Tenpin Team Cup, Kejohanan Boling Tenpin Sedunia, Asian Bowling Tour Grand Slam, Asian Bowling Tour dan World Tenpin. Beliau telah menjadi juara dan memenangi pingat emas bagi setiap pertandingan. Pada tahun 2005 di Kejohanan Komanwel ke 2, Shalin Zulkifli telah memenangi Pingat Emas Masters, Pingat Emas Bergu Campuran, Pingat Emas Berpasukan dan Pingat Gangsa Berseorangan. Mesti adik-adik sangat teruja dengan kejayaan Shalin Zulkifli dalam sukan boling. 

Pandelela Rinong Anak Pamg

Nak kenal siapa Pandelela Rinong? hehe..disini kita nak kongsikan biodata beliau. Pandelela Rinong Pamg adalah Atlet Terjun Malaysia yang berjaya mengharumkan Malaysia dengan menghadiahkan pingat Gangsa buat Malaysia pada temasya sukan Olimpik 2012 di London. Acara yang telah membawa tuah buat beliau ialah acara terjun 10m plafform. Kejayaan ini secara tidak langsung menjadikan beliau sebagai wanita pertama yang berjaya meraih pingat buat negara dalam temasya Olimpik. Berikut adalah catatan ringkas biodata beliau:-

Nama Penuh : Pandelela Rinong anak Pamg
Tarikh Lahir : 2 Mac 1993
Tempat Lahir : Sarawak, Malaysia
Umur: 19 Tahun
Bangsa  : Bidayuh
Asa : Kampung Jugan, Bau, Sarawak
Tinggi : 159 cm / 5'3 "
Bera  : 52 kg /  115 lbs
Sukan  : Menyelam
Nama samaran : Lulu g-dolphine
Hobi : Tidur, mendengar muzik, melayari internet.
Pekerjaan : Pelajar
Pendidika : Sains Sukan di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Bahasa Pertuturan: Bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin
Jurulati: Yang Zhuliang (CHN) dari 2009
Sukan lain : Beliau ialah adik rakan penyelam Pardika Indoma.
Kejayaan Terkini : Pingat Gangsa Olimpik 2012 dalam acara 10M platform



●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●

Antara pencapaian Pandelela Rinong ialah:

Pingat Gangsa di Sukan Olimpik London 2012 acara 10 m platform
Pingat Gangsa di Kejohanan Dunia Rom 2009 acara 10 m synchro platform
Pingat Perak    di World Series Moscow 2011 acara 10 m platform
Pingat Perak    di World Series Beijing 2011 acara 10 m synchro platform
Pingat Perak    di Youth Olympics Singapura 2010 acara 10 m platform
Pingat Perak    di Youth Olympics Singapura 2010 acara 3 m batu loncatan
Pingat Gangsa di Sukan Asia Guangzhou 2010 acara 10 m platform
Pingat Perak    di Sukan Asia Guangzhou 2010 acara 10 m synchro platform
Pingat Emas    di Sukan Komanwel New Delhi 2010 acara 10 m platform
Pingat Perak    di Sukan Komanwel New Delhi 2010 acara 10 m synchro platform
Pingat Emas    di Sukan Asia Tenggara Vientiane  2009 acara 10 m platform
Pingat Emas    di Sukan Asia Tenggara Vientiane 2009 acara 10 m synchro platform
Pingat Emas    di Sukan Asia Tenggara Nakhon Ratchasima  2007 acara 10 m synchro platform
Pingat Perak    di Universiade Shenzhen  2011 acara 10 m platform
Pingat Gangsa di Universiade Shenzhen 2011 acara 10 m synchro platform



●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●

Selain itu, Pandelela Rinong telah mula mewakili negeri sebagai atlet terjun sejak berusia seawal 7 tahun dan kini meneruskan latihan di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Pada Sukan Olimpik London 2012, Pandelela Rinong mengambil dua acara iaitu 10m plafform dan juga 10m berirama plafform bersama Leong Mun Yee. Apapun tahniah diucapkan kepada Pandelela Rinong setelah berjaya menghadiahkan pingat buat Malaysia. Tidak lupa juga Entri ini telah diberi penghormatan untuk merasmikan segmen Sukan di Naslive Pages. Salam dari Nas, Majulah Sukan Untuk Negara.

Pandalela Rinong Menang Pingat Gangsa Sukan Olimpik!



Pandelela Rinong berjaya memperoleh tempat ketiga dalam Sukan Olimpik, sekali gus menyumbang pingat kedua kepada negara. 

Ratu terjun negara itu membawa berita gembira dengan menambah satu lagi pingat - gangsa dalam temasya Sukan Olimpik 2012 dengan menduduki tempat ketiga acara akhir 10m platform individu wanita di Pusat Akuatik London, sebentar tadi.

Pandelela memungut 359.20 mata dalam saingan yang berakhir sekitar jam 3 pagi tadi (waktu Malaysia).

Dalam acara itu, pingat emas dimenangi oleh Chen Ruolin dari China (422.30 mata) dan pemenang perak dibawa pulang oleh Brittany Broben dari Australia (366.50 mata).

Dengan kejayaan penerjun muda dari Sarawak ini, Malaysia setakat ini telah mengutip dua pingat pada Sukan Olimpik 2012.

Jaguh badminton negara, Lee Chong Wei mengutip pingat perak Sabtu lalu menerusi badminton perseorangan yang tewas kepada jaguh China, Lin Dan pada perlawanan akhir.

Kejayaan Pandalela memenangi pingat gangsa membuktikan acara selain daripada badminton dan basikal yang disandarkan membawa pulang pingat emas, mampu dicapai tanpa tekanan dan itulah yang dilakukan Pandalela.

Kini acara terjun berpotensi berkembang dan tidak mustahil Malaysia akan membawa pulang pingat emas dari acara ini dan bukannya badminton setelah penantian sejak 1956 berterusan.

Datuk Nicol Ann David

Datuk Nicol Ann David merupakan pemain skuasy professional Malaysia. Beliau telah mengukir nama untuk Malaysia di arena skuasy dunia, sekurang-kurangnya dalam kategori wanita. Kini, beliau dikenali sebagai pemain skuasy wanita No. 1 di Malaysia dan merupakan orang Asia pertama untuk mendapat gelaran tersebut. Beliau turut merupakan kebangaan Malaysia dalam bidang kesukanan.Nicol merupakan cahaya mata jurutera tempatan berbangsa India, Desmond David dan seorang guru berbangsa Cina yang telah bersara, Ann Marie David. Beliau mempunyai dua orang adik-beradik, Lianne dan Cheryl yang juga merupakan pemain skuasy peringkat negara. Sebagai seorang kanak-kanak, Nicol seorang pelajar yang cerdik dan Matematik merupakan matapelajaran terbaiknya. Malah, dalam peperiksaan PMRnya, Nicol berjaya mencapai keputusan 7A dan ini membawanya satu langkah ke hadapan untuk mengecapi cita-cita menjadi jurutera seperti ayahnya.Sejak beliau mula berkecimpung dalam sukan skuasy, beliau telah banyak mencapai kejayaan dan antaranya ialah kemenangannya dalam pertandingan World Junior Squash Championship dalam kategori wanita pada tahun 1999. Pertandingan tersebut berlangsung di Antwerp, Belgium dan beliau telah menjadi wanita termuda, pada usia 15 tahun, untuk memenangi pertandingan tersebut. Malah, beliau telah mengalahkan tiga pemain yang tersenarai dalam 20 pemain skuasy terhandal dunia dalam pertandingan tersebut. Hal ini telah membanggakan tanah air dan kejayaannya tidak berhenti di situ apabila Nicol, pada usia 21 tahun, menjadi pemain skuasy termuda untuk memenangi pertandingan World Open di Jerman. Tidak lama kemudian, beliau menjadi pemain skuasy tempatan pertama untuk memenangi pertandingan Women’s CIMB Malaysian Open Squash Championship yang tidak pernah berlaku sejak 31 tahun pertandingan ini diadakan. Kejayaan terbarunya diukir semasa Datuk Nicol Ann David, pada tahun 2010, memenangi Kuala Lumpur Open untuk kali ke-enam sejak tahun 2000.Sesungguhnya Datuk Nicol Ann David merupakan symbol kecemerlangan Malaysia dalam sukan skuasy dan kita sebagai generasi muda Malaysia harus mengambil iktibar dan meneladani tokoh Malaysia ini. Beliau telah banyak memberi sumbangan kepada negara ini dan menaikkan nama Malaysia dalam bidang kesukanan sedunia.

Bidang Sukan

Datuk Lee Chong Wei sememangnya merupakan suatu ikon kejayaan Malaysia, terutamanya pada masa kini. Bakat beliau yang begitu mengasyikkan telah menjadi perintis kepada bidang kesukanan Malaysia, khususnya dalam sukan badminton. Kini, beliau digelar “Pemain Badminton No. 1 di Dunia” dan ini sesungguhnya telah menaikkan imej negara di persada dunia.

Anak jati Malaysia ini telah dilahirkan di Georgetown, Pulau Pinang dan pada hari ini menetap di Bukit Mertajam. Walaupun beliau pada zaman mudanya amat menggemari permainan bola keranjang, beliau mula membenam minatnya dalam badminton sewaktu berusia 11 tahun. Pada masa itulah, beliau dibawa ke gelanggang badminton oleh ayahnya yang merupakan peminat permainan ini. Bakatnya terserlah walaupun masih muda dan hal ini telah menarik perhatian seorang jurulatih tempatan yang sanggup melatihnya. Beberapa tahun kemudian, Lee Chong Wei yang berusia 17 tahun didaftarkan ke dalam pasukan badminton Malaysia oleh Misbun Sidek.Sejak hari itu, kerjaya beliau telah berkembang dan kejayaan pertama beliau adalah dalam pertandingan Malaysia Open pada tahun 2003, walaupun beliau dikalahkan oleh Chen Hong dari China. Tidak lama kemudian, pada tahun 2004 beliau mendapat peluang bermain dalam Sukan Olimpik untuk mengharumkan nama negara. Walaupun dikalahkan oleh Chen Hong sekali lagi, kegigihannya akhirnya berbalas jua apabila beliau berjaya merangkul dua pingat emas dalam Sukan Komanwel pada tahun 2006. Pada tahun 2010, beliau berjaya mendapat anugerah individu dalam pertandingan All England Super Series. Nama dan reputasinya dalam bidang kesukanan Malaysia terus meningkat dan kejayaan beliau dalam sukan ini telah menjadi kebanggaan Malaysia.Pendek kata, Malaysia dikurniakan dengan seorang yang berbakat dalam bidang kesukanan badminton dan Datuk Lee Chong Wei akan terus menjadi simbol kegigihan dan usaha berdaya maju bagi generasi baru Malaysia untuk mengejar impian dan cita-cita. Sememangnya kita semua harus menjadikan beliau sebagai teladan dalam berusaha mencapai kejayaan untuk tanah air yang tercinta.





Bidang Buatan OLeh Malaysia


Pada dekad 80-an,Malaysia merupakan sebuah negara yang baru pulih daripada kegawatan ekonomi dan masih berada di dalam kalangan negara membangun dunia.
Pelbagai usaha dilaksanakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara industri.Dr. Mahathir yang ketika itu menjadi Perdana Menteri Malaysia telah bercita-cita untuk mengeluarkan kereta buatan sendiri.Cita-cita beliau telah menimbulkan perasaan tidak yakin dan ragu-ragu di kalangan rakyat.Ini kerana pada masa itu,kepakaran Malaysia dalam bidang pembuatan kereta amat terhad.
Bagi mengatasi masalah kekurangan kepakaran,Malaysia telah berkongsi pengalaman dengan negara Jepun bagi mengeluarkan kereta sendiri.Perkongsian kepakaran ini telah membuahkan hasil.Pada tahun 1985,maka muncullah kereta pertama negara yang diberi nama Proton Saga.

Kewujudan Proton Saga yang dipertontonkan kepada umum melalui kaca televisyen serta media-massa yang lain,telah membuka mata rakyat bahawa Malaysia mampu mengeluarkan kereta buatan sendiri.Ramai orang berasa kagum dengan kejayaan Dr. Mahathir merealisasikan kereta buatan Malaysia itu.Hingga kini negara telah mengeluarkan pelbagai jenis kereta Proton Saga yang diberi nama seperti Iswara,Satria,Perdana dan Wira.Kejayaan ini membanggakan rakyat Malaysia.Selain itu juga Malaysia telah mengeluarkan motosikal buatan sendiri yang diberi nama Kriss dan Jaguh.Pencapaian Malaysia mengeluarkan kereta dan motorsikal sendiri telah membuka mata dunia akan kebolehan rakyat Malaysia itu sendiri .


Wednesday, June 19, 2013

Kecemerlangan Dalam Pelbagai Bidang

Menara Berkembar Petronas merupakan simbol kemodenan dan kemajuan Malaysia dalam sains dan teknologi. Dilengkapkan pada tahun 1998, menara berkembar ini merupakan visi mantan Perdana Menteri ke-4, iaitu Dr. Seri Mahathir bin Mohammad dalam usaha pemodenan Malaysia seiring dengan perkembangan dunia yang semakin pesat supaya negara tidak ketinggalan. Menara ini direka oleh dua orang arkitek dari Argentina, César Pelli dan Djay Cerico dan menjadi bangunan tertinggi di dunia pada masa itu. Gelaran bangunan tertinggi di dunia bagi Menara Berkembar Petronas bertahan dari tahun 1998 hingga 2004, sebelum bangunan Taipei 101 di Taiwan siap dibina dan diiktiraf sebagai bangunan tertinggi di dunia pada tahun 2004. Walau bagaimanapun, menara berkembar ini masih menjadi ikon Malaysia yang berwawasan dan bangunan ini akan sentiasa mengingatkan rakyat bahawa negara Malaysia mampu menjadi negara yang maju dan berjaya.
Bangunan ini mempunyai ketinggian sebanyak 451.9 m dan keluasan sebanyak 395,000 meter per segi. Bangunan ini juga mempunyai 88 tingkat dan kos pembinaan kedua-dua menara menelan sebanyak RM1.6 bilion! Terdapat beberapa cirri-ciri dalam bangunan ini yang menjadi tarikan pengunjung dan antaranya ialah “Skybridge”, iaitu sebuah jambatan yang menghubungkan kedua-dua menara dalam tingkat 41 dan 42. Selain menonjolkan nilai estetika menara berkembar ini, jambatan “Skybridge” ini juga berfungsi sebagai aspek keselamatan sekiranya berlaku kecemasan seperti kebakaran dalam salah satu menara. Selain jambatan ini, taman KLCC yang terdapat di perkarangan bangunan ini (terletak berhampiran Suria KLCC) juga menjadi faktor tarikan pengunjung. Seluas 17 ekar, taman ini mempunyai panorama yang begitu indah walaupun terletak di tengah-tengah Bandar Raya Kuala Lumpur dan pelbagai kemudahan disediakan seperti jalan khas untuk berjalan atau berjoging dan taman permainan kanak-kanak. Taman KLCC juga memiliki pancut air dan pertunjukan cahaya yang menjadikan taman itu amat mempesonakan bagi mereka yang mengunjung taman itu pada waktu malam.
Sememangnya Menara Berkembar Petronas merupakan kejayaan Malaysia yang terbesar pada zaman modenisasi ini dan kita sebagai rakyat Malaysia haruslah berbangga dengan Malaysia yang mampu mencapai kejayaan dalam bidang sains mahupun teknologi. Sekiranya kita mengambil iktibar daripada bangunan berkembar ini, kita mampu menghasilkan kejayaan yang lebih besar lagi, selagi kita percaya bahawa “Malaysia Boleh”.


PENGENALAN

•        Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini, memerlukan setiap negara menyusun strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bergerak seiring sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih maju, selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia.B agi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan Gagasan 1Malaysia yang    berpaksikan    prinsip    “Rakyat Didahulukan,   Pencapaian   Diutamakan”. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Gagasan 1Malaysia ber tujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Gagasan ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.



Malaysia Sebagai Pusat kecemerlangan

       Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menjadi pusat kecemerlangan pelbagai bidang. Nama Malaysia telah dinaikkan dalam pelbagai bidang. Antara bidang yang menjadi kebanggaan ialah sektor pendidikan, sukan, pelancongan, bangunan dan sebagainya.
    Laman web ini dibina bertujuan mempromosikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pelbagai bidang. Ia juga akan menyedarkan rakyat akan hakikat bahawa Malaysia semakin maju dan nama negara semakin gah di persada dunia.
 
     Konsep 1 Malaysia:
Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Rakyat seharusnya bersama-sama dalam memajukan industri Malaysia. Ini membantu dalam pembangunan negara sekaligus menjadikan nama Malaysia setaraf dengan negara-negara antarabangsa.