Thursday, June 20, 2013

Datuk Nicol Ann David

Datuk Nicol Ann David merupakan pemain skuasy professional Malaysia. Beliau telah mengukir nama untuk Malaysia di arena skuasy dunia, sekurang-kurangnya dalam kategori wanita. Kini, beliau dikenali sebagai pemain skuasy wanita No. 1 di Malaysia dan merupakan orang Asia pertama untuk mendapat gelaran tersebut. Beliau turut merupakan kebangaan Malaysia dalam bidang kesukanan.Nicol merupakan cahaya mata jurutera tempatan berbangsa India, Desmond David dan seorang guru berbangsa Cina yang telah bersara, Ann Marie David. Beliau mempunyai dua orang adik-beradik, Lianne dan Cheryl yang juga merupakan pemain skuasy peringkat negara. Sebagai seorang kanak-kanak, Nicol seorang pelajar yang cerdik dan Matematik merupakan matapelajaran terbaiknya. Malah, dalam peperiksaan PMRnya, Nicol berjaya mencapai keputusan 7A dan ini membawanya satu langkah ke hadapan untuk mengecapi cita-cita menjadi jurutera seperti ayahnya.Sejak beliau mula berkecimpung dalam sukan skuasy, beliau telah banyak mencapai kejayaan dan antaranya ialah kemenangannya dalam pertandingan World Junior Squash Championship dalam kategori wanita pada tahun 1999. Pertandingan tersebut berlangsung di Antwerp, Belgium dan beliau telah menjadi wanita termuda, pada usia 15 tahun, untuk memenangi pertandingan tersebut. Malah, beliau telah mengalahkan tiga pemain yang tersenarai dalam 20 pemain skuasy terhandal dunia dalam pertandingan tersebut. Hal ini telah membanggakan tanah air dan kejayaannya tidak berhenti di situ apabila Nicol, pada usia 21 tahun, menjadi pemain skuasy termuda untuk memenangi pertandingan World Open di Jerman. Tidak lama kemudian, beliau menjadi pemain skuasy tempatan pertama untuk memenangi pertandingan Women’s CIMB Malaysian Open Squash Championship yang tidak pernah berlaku sejak 31 tahun pertandingan ini diadakan. Kejayaan terbarunya diukir semasa Datuk Nicol Ann David, pada tahun 2010, memenangi Kuala Lumpur Open untuk kali ke-enam sejak tahun 2000.Sesungguhnya Datuk Nicol Ann David merupakan symbol kecemerlangan Malaysia dalam sukan skuasy dan kita sebagai generasi muda Malaysia harus mengambil iktibar dan meneladani tokoh Malaysia ini. Beliau telah banyak memberi sumbangan kepada negara ini dan menaikkan nama Malaysia dalam bidang kesukanan sedunia.

No comments:

Post a Comment