Friday, June 21, 2013

Penerjunan Kutub Utara

Ekspedisi kutub utara 1998 adalah salah satu ekspedisi yang mencabar bagi rakyat Malaysia untuk mencipta nama di mata dunia.

       Amat sukar untuk mempercayai cadangan melaksanakan penerjunan bebas di kutub utara boleh dilakukan oleh anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) yang turut menyertai ekspedisi ini. Jika di pandang dari segi kedudukan geografi yang begitu jauh dan keadaan cuaca yang tidak menentu boleh menambahkan kesansian bagi meneruskan ekspedisi ini, namun sebagai seorang anggota pasukan elit TLDM, tetap berpegang kepada ikrar PASKAL yang ke 12 di mana ianya menyebut ‘KERAS HATI TIDAK BERPUTUS ASA DAN PANTANG MENYERAH’ telah sebati dan bersemadi dijiwa mereka untuk mengecapi kejayaan dan membawa nama PASKAL dan TLDM di mata dunia sesuai dengan cogan kata ‘SENTIASA YANG TERBAIK’.

Ekspedisi ini telah disertai oleh sekumpulan anak Malaysia diketuai oleh En. Rahman King, yang dianggap kerdil termasuklah 2 anggota PASKAL iaitu Lt Ahmad Ramli bin Kardi TLDM dan BK PPP (PKL) Mohd Idros bin Mohd Yusof telah membuktikan bahawa Malaysia boleh dan PASKAL sentiasa yang terbaik. Pada April 1998 tercatatlah satu tarikh yang telah membawa sinar Malaysia ke kutub utara. Tim Malaysia telah mendarat di CHATANYA di bahagian tengah SIBERIA utuk melaksanakan latihan penyesuaian di mana pada masa itu suhunya mencecah 35°C di bawah paras beku.

Semasa melaksanakan latihan penyesuaian, jalur gemilang telah berkibar di tengah-tengah bumi Siberia dan di sini juga kumpulan kerjasama di udara yang diwakili oleh BK PPP (PKL) Mohd Idros bin Yusof telah mencatat rekod dalam sejarah payung terjun Rusia kerana menjadi kumpulan pertama berjaya melaksanakan 4 formasi di udara. Ianya adalah suatu kebanggan untuk sukan payung terjun Malaysia.

Pada 20 april 1998 jam 2245 semua anggota ekepedisi telah dibawa dengan pesawat RUSIA IL 76 dengan kelajuan 350 km/jam menyusuri sejauh 2,500 km ke Kutub Utara untuk menyelesaikan misi ini. Tepat jam 0130 dengan ketinggian 1500 kaki kereta Proton Wira telah digugurkan dengan mengahnya di udara. Pada jam 0142 dengan kelajuan pesawat IL 76 yang meluncur laju 350 km/jam, tim ekspedisi ini diterjunkan di paras ketinggian 10,000 kaki dalam kedinginan 70°C bawah paras beku. Di saat ini sejarah telah dibuktikan kepada mata dunia bahawa ‘Malaysia boleh dan tak Melayu hilang di dunia’ serta PASKAL tetap ‘sentiasa yang terbaik’.

Tahun 1998 adalah tahun bersejarah bagi Tim Penerjunan Payung Terjun Malaysia dan TLDM kerana penyertaan 2 x anggota mewakili Malaysia ke Ekspedisi Kutub Utara pada 1 April hingga 20 April. Dua penerjun tersebut adalah anggota PASKAL, iaitu Lt Ahmad Ramli bin Kardi dan BM PPP(PKL) Mohd Idrus bin Mohd Yusof.

Bermula perjalanan hidup dalam TLDM adalah pada 1 Julai 1977 dengan menggunakan nombor tentera 806879. Mengangkat sumpah di KD Pelandok Cawangan Sembawang ODSM (RP) AHMAD RAMLI BIN KARDI terus mengorak langkah menjadikan Tentera Laut sebagai kerjaya sebelum mengikuti Kursus Asas Komando Gelombang Kedua. Sejarah PASKAL tidak akan lengkap tanpa penglibatan Gelombang Kedua Kursus Asas Komando Hutan TNI-AL. Tonggak utama penubuhan PASKAL adalah hasil jerit perih kumpulan ini. Kumpulan Kedua ini telah mengikuti latihan pada akhir tahun 1978 dan kembali ke tanahair pada Mac 79. Kumpulan inilah yang telah mengembangbiak anggota melalui latihan dan kursus seterusnya.

Pada tahun 1984, Ahmad Ramli telah terpilih untuk menjalani Latihan Pegawai Kadet di Kem Sebatang Kara Port Dickson. Latihan ini telah mengubah pola kehidupan dari seorang anggota LLP kepada seorang pegawai. Beliau telah berjaya menamatkan latihan dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada tahun 1985 dengan bangga kerana menjadi perintis kepada 3generasi baru yang mengikuti jejak kemudian mengikuti latihan kedet dan seterusnya ditauliahkan sebagai pegawai dan berkhidmat di PASKAL. Setelah kembali dari penerjunan di Kutub Utara beliau mula memikirkan untuk bersara dari perkhidmatan Tentera Laut yang penuh warna warni. Pada tahun 1999 dengan berat hati beliau memberi tabik hormat terakhir sebagai active service officer kepada TLDM sebelum mendapat panggilan kembali berkhidmat dari Kdr Jamil bin Osman TLDM yang ketika itu bertugas sebagai PS1 Anggota Pegawai.

814726 BM PPP (PKL) IDRUS BIN MD YUSOF berasal dari Perak, mula berkhidmat di dalam TLDM pada tahun 1985 dan kerana minat, beliau telah menceburi PASKAL pada tahun 1986. Beliau telah banyak menyumbang bakti semasa melaksanakan Operasi Luar Pantai, latihan serta memberi idea-idea yang bernas dalam pasukan di sepanjang perkhidmatannya. Pernah berkhidmat dalam Skuadron Tempur dan Tim Risik Gempur. Anggota seorang yang aktif dalam sukan payung terjun dan telah mengharumkan nama negara di mata dunia melalui Ekspedisi North Pole pada tahun 1998 Beliau telah dianugerahkan Wira PASKAL pada tahun 1994. 



No comments:

Post a Comment